Thursday, March 23, 2017

Setahun mak dah pergi

Gambar 2 minggu lepas di pusara arwah mak saya.

Arwah meninggal 4 Feb 2016 di hospital rompin. Masa tu mak tinggal dengan adik yang berkerja kat sana. Nak bawa balik ipoh macam jauh sangat jadinya
 mak disemadikan di tanah perkuburan bukit kiara je. Atas bantuan ayah mertua adik.

Kehilangan mak adalah 1 perasaan yang tak terungkap dengan kata2. Hanya yang mengalaminya yang akan faham. Kesedihan yang amat sangat sehingga dada pon terasa sakit.

Saya tak sempat mengadap arwah. Bukan rezeki saya. Mak disahkan meninggal dunia semasa saya dalam perjalanan ke rompin. Baru sampai takat tg malim je. Last saya jumpa mak nov 2015. 😭😭😭

Sekejap je masa berlalu. Saya dah makin tabah. Alhamdulillah..

Al Fatihah.
22 Dec 1949 - 4 Feb 2016
Norsinah Ramli

No comments: