Monday, December 12, 2011

Planning itu penting

Bila saya seorang pekerja makan gaji di waktu siang dan seorang ibu BF yang bertindak sebagai home baker, PLANNING adalah sangat penting.

Bila kami akan ke Putrajaya Khamis ini sampai Ahad untuk Majlis Perkahwinan adik saya, saya terus nampak peluang bisnes dan peluang memperkenalkan Apash Sweet Treats. Actually, kawan2 maybe dah tau kewujudan Pn. Apash sebagai home baker. Tapi belum berpeluang doing business dengan dorang. So, bila peluang macam ni datang, jangan dilepaskan dan mesti sahut cabaran.

Cabaran dari mencari masa untuk bake all the cakes dan cabaran transporting it to Putrajaya. Cakap macam ribu2 lemon je ordernye. hahaha..

Tapi being a baker with small oven yg mana boleh bake a cake at one time, masa adalah segala2 nya. Bayangkan satu kek ambil masa sejam. 7 kek tak 7 jam. Itu baru bakar kek je. Persediaan dan sessi kemas2 basuh utensils. Packaging lagi. Kalau saya tak kerja takpe. Waktu siang pon boleh buat. Ni malam je masanya.

Penat?? Usah cakap le penat. Sebab confirm tidur tak cukup. Tapi saya redha sebab saya dapat buat something yang saya amat minat dan demi mencari side income. ^__^. Actually, untung nye takde le banyak mana. Dan kebanyakkan duit dari jual2 kek ni saya rolling beli2 utensils. Melengkapkan koleksi saya. Supaya in the future banyak lagi saya mampu buat. Barang2 nye bukan murah ok.

Cakap pasal planning ni, saya perlu susun masa untuk bake 7 or 8 biji kek karamel. Sebiji kek hantaran dan 16nos cupcake. Berdoa harap2 dapat buat dengan jayanya tanpa masalah. Dan juga selamat tiba ke destinasi dalam keadaan yg baik. Amin...

No comments: