Wednesday, December 28, 2011

Bila Qaseh menyanyi

Qaseh memang suka menyanyi. Terutama ketika dia sedang asyik tengok TV atau time dia main sorang2. TAPI bila dia perasan je orang tgk dia terus tak mahu nyanyi dah. Baru2 ni Mama cuba tgkap video dia menyanyi. Abaikan kepelatan Qaseh. Mama dulu pon pelat juga.



Bila disuruh berkali-kali mula dia rasa bosan kot. Dari butir lagu "Mama upah susu, susu lemak manis" jadi "Pak Su"...macam mana tu???
Part "Belalang tupu-tupu" dah berkali2 ajar "kupu-kupu" tapi still jadi tupu-tupu. Qaseh mmg pelak 'K' kot. Choki-choki jadi Choti-choti, Baby Kiko jadi Baby Tito. Bukan jadi Butan. And so on.... Tapi akhirnya dapat juga capture full version Pok Amak-amai dari Qaseh. Takde le 100% tepat lirik nya..tapi jadi la kan.


No comments: