Thursday, September 29, 2011

Kali Pertama...



Haritu kisah "Saya Generasi.." Hari ni pula di twitter dan Era.fm topic hot "Kali Pertama..." Seperti biasa saya yg tak active twitter, ambil inisatif share dalam blog. huhuhu..layankan je la eh..

Kali Pertama.....

Mengikuti latihan HUET (Helicopter Underwater Escape Training). Pada yang berkerja di offshore tu pasti akan mengikuti training ni. Dah attend training ni baru dapat passport ke offshore. Kalau tak silap dulu kena renew setiap 2 tahun Sekarang tak tau le kan.

Pengalaman saya mengikuti HUET pada tahun 2004. Masa tu tengah praktikal di Petronas Carigali PMO kt Kerteh. Even hanya trainee masa tu Petronas tetap bagi peluang pendedahan di Platform Minyak/Gas di offshore. Sebelum dapat pergi mesti kena attend training.

Training tersebut di TSTC (Terengganu Safety Training Centre) di Kemaman. Dipendekkan cerita hati mmg berdebor2 tau. Mana tak nye, teman ni bukan pandai berenang dan sememangnya fobia bab2 air ni. Takut lemas beb. Mmg dorang bagi pakai life jacket. Tapi jenis yg tarik baru gelembung tu. Tapi tak boleh le tarik kan. Sebab training je pon. Sebab kalau awal2 dah tarik camne kita nak tenggelam dalam air.







Pada yang tak tau camne HUET tu boleh layan video kat atas.

Kisah saya, bila tenggelam je dalam air. Kena tunggu sampai air clear dari buih2 baru nampak arah tuju kita. Sepatutnya kita pergi ke nearest exit. Tak kisah le pintu atau tingkap. Saya buka mata nampak arah yg terang dengan cahaya. Dalam hati hah tu kot tingkap. Saya pon dengan gaya berenang menuju ke arah tu. Tiba2 "gedebuk" kepala terhantuk kat siling helikopter tu. Laa... ingatkan exit tadi. Rupenyer ada skit ruang udara bahagian siling tu. Saya pon amik nafas dan dive balik carik pintu. Nasib baik jumpe juga akhirnya. Masa dalam air tu saya nampak 2 divers dah menuju ke arah saya.


Sumber gambar dari http://eye10.blogspot.com/



Akhirnya berjaya juga saya timbul dan berpaut pada tepi helikopter. Rupe2nye saya yang paling akhir berjaya keluarkan diri. Dan 2org divers tu actually nak datang selamatkan saya. Sebab lama sangat baru saya timbul kot...Maybe dorang risau saya akan lemas kot. Hahahaha..bikin malu je si Apash ni. hahahaha...


No comments: