Monday, September 12, 2011

140 km/h




Semalam kami dari Selayang pulang ke Batu Gajah melalui lebuhraya. Bergerak dalam jam 9.45pm sampai depan gate rumah 11.45pm. En.hubby bantai bawak 140km/h. Kalau tiba2 sampai surat saman silalah bayar. huhuhuh..


Speed Trap kat Highway...


Tu semua gara2 sebab mengantuk. Katanya kalau bawak slow lagi mengantuk. Tapi drive dalam keadaan mengantuk mmg sah2 dah bahaya. Sebelum gerak balik MIL dah pesan kat saya jangan tidur. Teman En.hubby drive elakkan dia ngantuk.

Saya actually penat melayan 2 budak kenit tu. Especially Hannah yang tak reti nak duduk diam. Lenguh tau tangan dok pegang dia. Actually tu 1st time dia travel jauh dalam kereta. Maybe dia tak biasa dan bosan. Nak golek2 cam biasa tak dapat. Jenuh bagi nenen bukan nak tidur.

Yg si kakak pon, elok2 ada car seat kt depan sebelah Papa nak juga menyempit kat Mama. Pastu nak tidur dekat Mama juga. Mama ni ada 2 tangan je tau. Last2 baringkan Hannah dgn Mama2 sekali baring kt seat belakang. Bagi ngempeng baru le Hannah tidur. Nasib baik le Mama ni pendek and belum gemuk sgt. Muat lagi nak baring kejap kat situ. Setel Hannah tidur..tidurkan kakak pula. Dah besar panjang nak juga tidur atas riba. Dah tak muat dah kakak sayang ooii..last2 tidur duduk kepala lentok kat Mama. Ish..ish..

Mama pon yg mmg mata mengantuk tahan le juga sebab teman kan Papa. Rasa cam laju sangat..mula le Mama kasik warning kt Papa. "Laju sangat..cer slow skit"..Kalau rasa cam kereta ke kiri jap2 ke kanan..warning lagi Papa. Susah tau sebab Mama duduk belakang. Busy dgn anak2 tak nampak Papa camne.

Dalam hati dok berdoa moga2 selamat lah kami sekeluarga. Keluar je tol Gopeng, Mama terlelap juga akhirnya, sedar2 dah kat Pekan Batu Gajah. Time tu terkejut tgk kereta kami dah rapat benor dengan kereta depan. Bahaya betul le Papa drive semalam.

Alhamdulillah kami selamat tiba...tapi...ish..ish...Tobat le jangan bagi Papa drive time mengantuk. Kes mengantuk sebab malam before tu tidur dalam sejam dua je. Siang plak langsung tak tidur. Itu le akibatnya. Dah agak2 nak drive jauh bawak2 le tidur utk rest yang cukup.

1 comment:

. i . n . a . z . said...

anak2 i pun sama je. kalau dalam kereta letak zara kat depan, nanti sibuk je dia nak ke belakang sebab nak mama n adik. las2 dua dua tidur atas riba. sorang kiri, sorang kanan.