Saturday, April 23, 2011

44 hari berakhir

Hari ni hari terakhir berpantang. Hipp..hipp..horray!! Berakhirnya perintah berkurung. Esok boleh kuar gi shopping. Misi balas dendam. hahaha..Saya masih ikut cara lama berpantang. Tak boleh keluar rumah selain dari gi clinic for checkup dan health related je la kan. Skang zaman moden masa dalam pantang ada yang dah keluar jalan2 kat shopping complex. huhuhu..

Hari ini juga Mama tinggal berdua dgn Hannah je. Skang ni Hannah dok sedap tidur lagi. Kol 9am baru time dia mandi. Qaseh pula sudah diculik MIL bawa gi KL. Ada urusan skit kat sana. Pergi balik hari je. Malam kang dorang balik la.

Pintu pagar dah mangga (checked), Pintu dah kunci (checked)..Langkah keselamatan harus diambil. huhuhu..

Minggu ni akan busy skit. Insyaallah 1 May nanti nk buat kenduri kecil2 skit. Kawan-kawan2 blogger sume dijemput hadir ye mana yg ada masa terluang.


Dua acara berlansung sekali. Jimat duit Mama Pada yang nk datang inform ye boleh saya bagi direction ke rumah kami.

No comments: