Monday, December 20, 2010

Ayam jadi Keli...



Hari ni mood berkerja TARAK...otak plak fikir macam2 plan best yang dapat dibuat sekarang. Antaranya:
  1. Drive gi mall start shopping barang baby
  2. Balik umah tidur
  3. Balik umah bake some cake
hehehehe...nasib baik angan2 takat situ saje. Tapi masa kuar lunch tadi terus dapat idea cam nak masak "Ayam tumis rempah"..bab resepi macam dah ada kat kepala tapi still call my mum to re-confirm kan resepi. Then terus ke Pasaraya terkemuka TF di Batu Gajah je. Beli barang2 apa yang perlu..sempat juga beli 3 biji MAMAROTI yang sedap itu. Terus menuju ke rumah.


Sampai rumah tengok MIL dah siap masak. Tomyam seafood & Keli tumis cabai. Baik punyer.... Terus letak ayam dalam fridge..amik pinggan cedok nasi + lauk terus makan. CANCEL nak masak "Ayam tumis rempah"...hahahahaha....



Postpone le masak...balik keje nanti baru masak kot. So sebelum terlupa resepi type masuk blog dulu...

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam (saya potong kecik)
1 senduk serbuk kari daging
1/4 senduk serbuk cili (nak pedas sila tambah lg)
2 labu bawang besar (sederhana besar)*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
4 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang.........)
1 sudu besar sos tomato
Tomato
Capsicum
Daun kari
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa.

Cara-cara:
  1. Ayam di bersihkan dan digoreng. Jangan terlalu garing.
  2. Hiris bahan (*) dan tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan 4 beradik & daun kari.
  4. Bancuh serbuk kari dan cili dengan air dan tumis sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan sos tomato, garam & kacau sebati.
  6. Kemudian masukkan ayam. Api sederhana kecil dan tutup sebentar.
  7. Agak2 rempah sudah meresap ke dalam ayam masukkan tomato dan capsicum.
  8. Kacau sebati sehingga tomato & capsicum layu.
  9. Siap untuk dihidangkan.
Kalau berjaya masak petang kang nanti saya upload gambar. =)

No comments: