Tuesday, November 2, 2010

20 Weeks..almost.


Khamis ni my pregnancy akan masuk minggu ke 20. Halfway journey dah completed. Pregnancy kali ini memang terasa cepat betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah tiba masa perut ini akan dibelah plak. Insyaallah..minta2 semuanya selamat.

Berbeza dgn pregnancy pertama, pregnancy kali ini kami lebih rileks. Tidak lah terover excited semasa mengandungkan Qaseh. Bila pergi ke shopping mall punyalah excited tengok barang2 baby. Tapi tidak kali ini. Sebab kebanyakan barang2 boleh guna balik yang Qaseh punya. Lain2 barang dah dekat masanya pon boleh beli lagi kan.

Lagipon selagi belum scan utk tau boy/gurl selagi tu tak rasa nak beli baju. Baju basahan Qaseh masa baby dulu pon masih ok untuk dipakai. Sebab dulu banyak beli baju2 yg color neutral..so boy or gurl boleh pakai. Nanti just beli untuk topup sikit2 jer.

Second pregnancy ni macam lebih menjimatkan. Yelah tak perlu beli barang besar2 mcm stroller, baby cot/playpen, bouncer, baby pouch, buaian, dll. Sesetengah parents maybe perlu beli another stroller tapi bagi kami yang jarang pergi mengukur mall ni rasa mcm tak perlu. Qaseh pon bukan suka duduk dalam stroller. Dia lebih suke duduk dalam trolley je.

Breastpump plak moga2 Spectra 3 saya masih boleh digunakan. Boleh jimat ratusan duit disitu. Cuma perlu ganti barang2 getah dia mcm tube, valve dll. Sebab semua dah berubah warna. Kalau dapat duit terpijak ribu2 maybe rasa macam nak beli Medela FS tu..tapi apakan daya di luar kemampuan.

Malam tadi en.hubby siap tanya apa nama untuk baby no. 2 ni. Honestly belum fikir pon lagi. Kalau perempuan confirm akan Qaseh Nur ________. Sama mcm Qaseh..(Qaseh Nur Shafiyyah). Cuma nanti bila dalam blog kena address baby no.2 dgn nama belakang dia la. Takkan Qaseh no.2 plak. hahahaha...

Kalau baby boy plak mmg totally no clue. Dulu ingat nak bagi nama Qalif. Tapi Angah saya dah amik dulu Khalif..Dah lebih kurang kan..ejaan je lain. So kami kena cari yang lain la.

Korang ada idea tak?? Nama depan mesti ada Muhammad _____ _______. Nak 3 patah nama macam Qaseh juga. Biar cikgu sekolah bengang nak tulis nama anak murid yang panjang2 dalam register book. Betul tak Along????

1 comment:

Unknown said...

alamak! huda pun lom pikir lg nama apa utk nx baby ni..nnti kite pikir same2 k :)