Friday, October 8, 2010

Qaseh 18months

Minggu ini busy untuk menyiapkan Monthly Report. Sudah jadi rutin minggu pertama setiap bulan. Dalam tengah busy tu, Qaseh demam. Badan Qaseh mula panas Selasa petang. Malam tu terus bawa ke klinik. Alhamdulillah Qaseh tiada masalah untuk makan ubat. Malam tu dia tidur dengan baik. Tak le meragam tidak tentu pasal.

Panas dia on and off. Lepas makan ubat temp turun. After 6-8hrs panas balik. May cakap viral infection. Rabu malam Qaseh mula buat perangai. Melalak on and off dr jam 9pm to 4.30am. Kami hanya dapat tidur jam 4.30am.

Segala yang terlintas di kepala dah buat untuk bagi dia selesa. Tapi still tak dapat tidurkan. Kalau setakat tidak mahu tidur tanpa melalak takpe le juga. Pujuk minum susu pon tak jalan. Sampai le jam 4.30am tu baru dia mahu minum susu. Tidak lama lepas itu terus dia zzzzZZZzzz...

Sepatutnya on Thursday (07/10/10), Qaseh kena pergi checkup 18months dan kena cucuk. Tapi dah sebab demam terpaksa postponed next month. Minta2 Qaseh sehat untuk kena cucuk.

Actually, dah lama tak share milestone Qaseh. Lately pon mood nak update pon kurang. Tetiba pula terasa perlu share something pasal Qaseh untuk tatapan masa depan.

Milestone yang paling ketara adalah vocab dia. Gigi pon masih static dengan 8 gigi depan dan 4 gigi geraham. Belum nampak tanda2 gigi lain nak muncul.

Antara vocab yang Qaseh dh master..

  1. Mama
  2. Papa
  3. Pah - Opah (MIL)
  4. Mak - Mak Long..tapi 'Long' still tak reti sebut
  5. num, nummi - minum. tapi tak tau kenapa dia bleh sebut terbalik
  6. ais - air
  7. nak - nak/mahu
  8. Tak nak - xde pelat2 " nanak" atau word lain. Sgt clear.
  9. Hel Me - help me! dia akan guna that word bila dia tak dapat ape yang dihajati. cth: mama nak pergi keje dia nak ikut. Melalak sebut "hel me" kat pintu.
  10. amit - minta kita ambilkan dia sesuatu.
  11. dap - sedap sambil buat thumbs up
  12. mam - makan
  13. bat - ubat
  14. nana - banana
  15. abit - rabbit
  16. moo - cow
  17. dok - dog
  18. dak - duck
  19. mei - cat ataupon dia refer kucing yg my mum bela nama Mei.
  20. tata/ata/gata - gatal. makna nya dia suruh kita garukan.
  21. inyak - minyak sapu perut dia.
  22. nen/shushu - sambil goyang penumbuk dia. imitate cara kita goncang botol susu masa bancuh susu.
  23. fish - fish
  24. bih - habis
  25. baby - baby

Itu je kot yang terlintas waktu ni. Next time nk share some of instruction yang dia paham dan benda2 yang dia kenal tapi still tak reti nk cakap.

Nak balik umah polok2 cium2 Qaseh lu..


Till then..

No comments: